Bayi Diterbang Angin Dalam Kejadian Ribut Di Tuaran - Berita Jenayah | mStar

Bayi Diterbang Angin Dalam Kejadian Ribut Di Tuaran

Diterbitkan: Sabtu, 4 Julai 2015 11:02 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Seorang bayi Nurhasyikin Jainudin yang berusia 18 bulan dilapor diterbangkan angin dalam kejadian angin ribut di Kampung Dungang, Tuaran awal pagi Sabtu.

Pegawai Daerah Tuaran, Abdul Mohd Ibnu Abdul Kadir Baba berkata, kejadian  berlaku ketika buaian bayi itu yang diikat pada alang bumbung rumah diterbangkan angin bersama bumbung rumah tersebut.

"Ketika itu bayi tersebut sedang tidur di dalam buaian. Apabila bumbung rumah itu tercabut kerana diterbangkan angin, buaian dan bayi itu turut sama diterbangkan angin," katanya kepada Bernama.

Bayi itu kemudiannya ditemui dekat kawasan sawah padi berhampiran.

Abdul Mohd Ibnu berkata berkata bayi tersebut pada mulanya dirawat di Hospital Tuaran sebelum dipindahkan ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas kerana dipercayai patah paha.

"Dia berada dalam keadaan stabil," katanya.-- Bernama


   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan