Seorang Lelaki Bersenjata Suspek Kes Tembak Di Pulau Pom Pom Ditahan

Diterbitkan: Khamis, 2 Julai 2015 11:51 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki bersenjata berikutan pertempuran di Pulau Pom Pom berhampiran Semporna, pagi Selasa.

Panglima ATM Tan Sri Dr Zulkifeli Mohd Zain berkata, polis turut merampas bot pam di mana suspek dan rakan sejenayahnya kali terakhir dilihat dalam kejadian tembak tersebut.

"Mereka telah dipintas oleh polis semasa perintah berkurung laut dan mereka tidak berhenti apabila diarah, jadi berlaku tembakan. Polis telah menahan seorang lelaki dan menemui bot tersebut.

"Selebihnya masih dikesan," katanya.

Dalam kejadian pukul 3 pagi itu, anggota di sebuah pos kawalan pada mulanya dilapor mendengar bunyi enjin bot menghampiri pulau itu dan apabila anggota Pasukan Gerakan AM (PGA) menyuluh ke arah bot berkenaan, mereka mendengar dua das tembakan dilepaskan ke arah mereka.

Ia mendorong pihak PGA membalas tembakan yang membutkan pihak berkenaan melarikan diri dalam gelap.

Jarak bot suspek dengan pos kawalan PGA ialah antara 200 hingga 300 meter.

Ketua Esscom Datuk Abdul Rashid Harun berkata pihaknya masih cuba untuk menentukan motif kejadian itu tetapi berkata mereka kelihatan "tidak mempunyai niat yang baik"

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan