Esscom Siasat Kes Tembak Anggota Keselamatan Di Pulau Pom Pom

Diterbitkan: Khamis, 2 Julai 2015 5:03 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) sedang menyiasat kes yang membabitkan pihak tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah anggota Pasukan Gerakan AM (PGA) di sebuah pos kawalan di perairan Pulau Pom Pom, Semporna pada Selasa lepas.

Komander ESSCom Datuk Abdul Rashid Harun berkata pihaknya masih belum mengenal pasti individu terbabit.


"Suspek terlebih dahulu melepaskan dua das tembakan ke arah pasukan keselamatan kita. Kita tidak mengetahui siapa dan apa niat mereka.
"Tetapi mungkin niat tidak baik. Kenapa mereka harus menembak pasukan keselamatan," katanya kepada pemberita di sini.

Dalam kejadian pukul 3 pagi itu, anggota di sebuah pos kawalan pada mulanya dilapor mendengar bunyi enjin bot menghampiri pulau itu dan apabila anggota PGA menyuluh ke arah bot berkenaan, mereka mendengar dua das tembakan dilepaskan ke arah mereka.

Ia mendorong pihak PGA membalas tembakan yang membutkan pihak berkenaan melarikan diri dalam gelap.

Jarak bot suspek dengan pos kawalan PGA ialah antara 200 hingga 300 meter.

Sementara itu Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Awang Sahari EM Nadzeer berkata pihaknya juga menyiasat kejadian itu.

"Kita akan membuka kertas siasatan," katanya.
Tags / Kata Kunci: kes tembak , Pulau Pom Pom , Esscom

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan