KPN Bertemu Timbalan Ketua Polis Thai Berkenaan Justo

Diterbitkan: Khamis, 2 Julai 2015 9:36 PM

Khalid Abu Bakar

Tan Sri Khalid Abu Bakar

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengadakan perjumpaan dengan Timbalan Ketua Polis Negara Thailand, Chaktip Chaijinda bagi membincangkan kebenaran menyoal siasat bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd (PSI) Xavier Justo yang kini ditahan di negara itu.

Khalid berkata perjumpaan itu diadakan semalam, tetapi enggan mengumumkan butiran perbincangan itu.

"Saya telah berjumpa dengan beliau dan bertukar-tukar maklumat dan risikan berhubung isu terbabit, tetapi saya tidak bersedia untuk mendedahkan apa yang kami bincangkan kepada umum," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Tergempar Peringkat Menteri-Menteri Asean Mengenai Jenayah Rentas Sempadan Berkaitan Pergerakan Migran Tidak Sah di Rantau Asia Tenggara di sini, Khamis.

Pada 24 Jun lepas, Polis Thailand dilaporkan menahan warga Switzerland itu atas tuduhan cuba memeras ugut PSI, sebuah syarikat antarabangsa yang berpangkalan di Arab Saudi yang menjadi tumpuan di Malaysia berikutan kerjasama pernah dijalin dengan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Berikutan cubaan peras ugut itu, beberapa e-mel dan dokumen disiarkan oleh Sarawak Report, sebuah blog bermotifkan politik sehingga mencetuskan pelbagai tuduhan terhadap 1MDB.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan