Guru Maut Langgar Plaza Tol Seafield

Diterbitkan: Khamis, 2 Julai 2015 11:25 PM

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Seorang guru maut serta-merta dalam usahanya mengelak daripada merempuh sebuah lori, menyebabkan Perodua Kancil yang dipandunya merempuh tiang di Plaza Tol Seafield di Lebuhraya Elite.

Guru berkenaan, dikenal pasti sebagai Norazwa Abd Raman, sedang memandu ke arah Kolej Kejururawatan Assunta di Petaling Jaya dari Bandar Saujana Putra apabila kemalangan itu berlaku pada kira-kira pukul 12.15 tengahari Khamis.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner  Yahaya Ramli berkata, guru berusia 40 tahun itu cuba mengelak daripada melanggar sebuah lori menyebabkan keretanya tidak dapat dikawal dan terbabas merempuh tiang di plaza tol.

"Dia meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala. Kami telah memaklumkan kepada ahli keluarganya mengenai kemalangan itu.

"Mayatnya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat," katanya.

Penolong pengarah operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat  Selangor Mohd Sani Harul berkata kira-kira lapan anggota bomba telah dikerahkan ke tempat kejadian selepas panggilan kecemasan diterima kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

"Pengendali plaza tol tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun berada dekat dengan perlanggaran," katanya, sambil menambah ahli bomba telah mengeluarkan mayat daripada kereta Kancil.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu melulu.
Tags / Kata Kunci: plaza tol Seafield , Yahaya Ramli

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan