Kemalangan Jalan Raya: Anak Meninggal Dunia Selepas Ibu

Diterbitkan: Khamis, 2 Julai 2015 3:26 PM

(Ubah saiz teks)

DUNGUN: Selepas empat hari dirawat di hospital akibat kemalangan, seorang kanak-kanak meninggal dunia pada Rabu.

Nur Effy Elysha Azmi Sham, 8, meninggal di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Kemalangan di Km 71.6, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan itu turut mengorbankan ibunya Juzalina Johari, 37, selepas motosikal yang dinaiki mereka bersama bapa mangsa dilapor dirempuh sebuah pacuan empat roda.

Bapanya Azmi Sham Mahmad berkata beliau reda dengan kejadian itu.

Memberitahu Bernama, beliau berkata anaknya itu berpuasa penuh sepanjang 10 hari berpuasa.

"Saya sempat memujinya kerana berjaya berpuasa penuh dan dia menjawab itu tanda Allah sayang kepadanya. Saya tidak sangka itu juga petanda dia akan meninggalkan kami buat selama-lamanya," katanya.

Ketika kejadian, beliau berkata beliau dalam perjalanan untuk menghantar anaknya ke sekolah.

Tags / Kata Kunci: Kemalangan Jalan Raya

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan