Rasuah: Mara Sedia Bekerjasama Dengan Pelbagai Pihak

Diterbitkan: Rabu, 1 Julai 2015 10:18 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Dokumen yang berkaitan dengan pembelian aset oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) di luar negara telah diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan.

Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa berkata, dokumen itu mempunyai kaitan dengan dakwaan pembelian tiga hartanah di Melbourne, Australia.

"Jadi biarlah siasatan dijalankan dan kami tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan," katanya selepas menyampaikan zakat kepada 380 penerima di kawasan Parlimen Ketereh di sini pada Selasa.

Annuar, yang juga merupakan Ahli Parlimen Ketereh, berkata, pegawainya tidak akan menyembunyikan apa jua yang berkaitan dengan pembelian aset Mara di luar negara dan akan bekerjasama dengan pelbagai pihak jika diperlukan.

Akhbar Australia, The Age melaporkan bahawa seorang pegawai tinggi Mara, pegawai kanan, dan bekas ahli politik didakwa membelanjakan berjuta-juta dana kerajaan untuk membeli sebuah blok apartmen di Melbourne dalam satu penipuan hartanah.

The Age mendakwa bahawa "sekumpulan pegawai Malaysia yang amat kaya" terlebih bayar dengan jumlah sebanyak AS4.75 juta dolar (RM17.77 juta) bagi pembelian blok apartmen di bandar itu pada 2013.

Ketiga-tiga pegawai tersebut didakwa membuat bidaan berlebihan bagi bangunan tersebut yang dipanggil Dudley International House daripada AS17.8 juta dolar(RM66.59 juta) kepada AS22.5 juta dolar(RM84.17 juta) dengan lebihan jumlah tersebut digunakan sebagai rasuah.

Dudley International House yang dibeli oleh Mara merupakan asrama pelajar dan bangunan lima tingkat yang terletak di pinggir bandar timur Caulfield ini menempatkan 115 pelajar Mara yang menuntut di Universiti Monash.

Tags / Kata Kunci: Mara , Rasuah , Australia

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan