Esscom Sahkan Anggota Keselamatan, Penjenayah Berbalas Tembak

Diterbitkan: Rabu, 1 Julai 2015 11:40 PM

Anggota keselamatan berbalas tembakan dengan penjenayah di Pulau Pom Pom, Sabah, Selasa.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Abdul Rashid Harun mengesahkan berlaku kes berbalas tembak antara anggota keselamatan dengan suspek penjenayah rentas sempadan di kawasan perairan Pulau Pom Pom, Semporna, Selasa.

Bagaimanapun katanya dalam kejadian jam 3 pagi itu, tiada anggota pasukan gerakan am (PGA) yang tercedera.

"Kira-kira jam 3 pagi, anggota satu daripada pos kawalan mendengar bunyi enjin bot menghampiri pulau. Apabila anggota PGA menyuluh ke arah bot berkenaan, pihak PGA mendengar dua das tembakan dilepaskan.

"Dalam keadaan itu, anggota PGA membalas semula tembakan, yang memaksa suspek melarikan diri dalam gelap," katanya kepada Bernama.

Menurut Abdul Rashid ketika kejadian jarak antara bot suspek dengan pos kawalan PGA ialah antara 200 hingga 300 meter.

Abdul Rashid berkata dalam keadaan gelap itu jelas kelihatan percikan daripada bot berkenaan ketika tembakan dilepaskan namun tidak mengenai apa-apa.

"Kejadian berlaku di dalam kawasan perintah berkurung. Kami tidak pasti berapa ramai suspek di dalam bot itu dan apa niat mereka," katanya.

Abdul Rashid berkata pemeriksaan oleh anggota keselamatan di lokasi pada keesokan paginya tidak menemui apa-apa tanda bot itu terkena tembakan anggota PGA.

Beliau berkata pihaknya memandang serius kejadian itu dan anggota keselamatan sentiasa dalam keadaan bersiap siaga bagi menghadapi sebarang bentuk ancaman daripada penjenayah rentas sempadan.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Esscom , Pulau Pom Pom

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan