Dua Cedera Kereta Bertembung Bas Di Bentong

Diterbitkan: Isnin, 29 Jun 2015 2:21 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Dua cedera selepas kereta Perodua Alza yang dinaiki lima sekeluarga bertembung dengan sebuah bas di KM 3 Jalan Bentong-Raub dekat Bentong petang, Ahad.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Nor Mansor berkata, kemalangan berlaku pada pukul 6 petang ketika kesemua mangsa dalam perjalanan dari arah Mempaga menghala ke Bentong.

"Tiba di tempat kejadian, pemandu Alza serta Muhamad Hapis Hassan, 24, dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan lain tetapi tidak berjaya, lalu bertembung dengan bas berkenaan yang dalam perjalanan dari arah Bentong menuju ke Mempaga.

"Akibat kemalangan itu, mangsa patah tangan kanan manakala ibunya Zan Troman, 65, cedera di kepala. Sementara tiga ahli keluarganya tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi di sini Isnin.

Beliau berkata Muhamad Hapis dibawa ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut sementara ibunya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan.

Menurutnya, pemandu bas berkenaan, Nor Azman Abdul Talib, 48, dari Felda Mempaga 1, Karak bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Difahamkan ketika kejadian terdapat 15 orang penumpang di dalam bas berkenaan, namun mereka juga tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes, katanya disiasat di bawah Seksyen 43(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tags / Kata Kunci: kemalangan , Jalan Bentong-Karak

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan