Pesawat, Kapal Dihantar Cari Nelayan Hilang

Diterbitkan: Isnin, 29 Jun 2015 5:41 PM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)  menghantar sebuah pesawat dan dua buah kapal bagi mencari dan menyelamat (SAR) empat nelayan yang dilaporkan hilang di perairan Terengganu sejak 21 Jun lalu.

Ketua Penguatkuasa Pangkalan Maritim Kemaman, Leftenan Komander Maritim Norhafizi Mohd Rafik berkata pesawat Bombardier CL415 MP itu bersama lima kru memulakan operasi kira-kira pukul 11 pagi Isnin meliputi beberapa kawasan pulau di sekitar Terengganu dan Pahang.

Ia turut diperluas sehingga 70 batu nautika dari perairan Kemaman kerana dikhuatiri bot yang dinaiki mangsa hanyut ke arah timur laut, seperti di sekitar Pulau Tenggol dan Pulau Kapas, katanya.

Beliau berkata, 23 anggota beserta kapal KM Bahagak dan KM Redang juga telah digerakkan bermula pukul 7 pagi tadi.

"Radius pencarian dipertingkatkan sehingga 50 batu bautika berbanding 30 batu nautika semalam.

"Dalam pencarian 30 batu bautika, kita gagal mengesan dan menemui sebarang petunjuk. Jadi dalam operasi yang memasuki hari ketiga hari ini, kita perluaskan lagi dengan menambah bilangan aset dan kekuatan anggota," kata Morhafizi.

Pada Ahad, Bernama melaporkan empat nelayan dilaporkan hilang setelah mereka gagal dihubungi sejak lapan hari lalu, selepas mereka keluar menangkap ikan bersama bot pukat tunda di perairan Kemaman.

Mereka ialah Azuari Muda@Abu Bakar, 41, Mohd Zawawi Seman, 36, Mohd Nasri Ab Wahab, 29, dan Ab Wahab Tekak, 57.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: APMM , Terengganu , KM Bahagak

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan