Buruh Binaan Temui Kanak-Kanak Dua Tahun Dalam Ketakutan & Kelaparan

Diterbitkan: Isnin, 29 Jun 2015 6:36 PM

Gambar Hiasan

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seorang buruh binaan menemui seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dalam keadaan ketakutan dan kelaparan di kawasan tempat letak kereta, Jalan Tun Perak di sini pagi Isnin.

Rizdwandean Razali, 27, yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Ayer Keroh di sini menemui kanak-kanak itu yang lengkap berpakaian pada pukul 4.15 pagi tadi.

"Saya menggamitnya (memberikan isyarat dengan jari) sebelum dia berlari ke arah saya sambil menangis tanpa henti dan hanya menyebut perkataan 'mama'.

Kemudian saya memberi dia sebotol air mineral dan sebungkus nasi ayam untuk dia makan minum sebelum saya bawa pulang ke rumah," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Beliau kemudian membawa kanak-kanak berkenaan untuk membuat laporan di Balai Polis Ayer Keroh pada pukul 6.30 pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Superitendan Razali Bakar berkata, siasatan awal polis mendapati anak keempat daripada lima beradik itu dibawa seorang jiran untuk bersahur sebelum dia ditemui.

Beliau berkata, ibu kanak-kanak yang merupakan ibu tunggal dan bekerja sebagai tukang masak di sebuah kafe di Bukit Beruang itu tiada di rumah kerana ditahan pada 21 Jun lepas untuk membantu siasatan mengenai kes kereta curi.

"Sehingga petang ini, jiran yang membawa mangsa untuk bersahur masih tidak pulang ke rumah," katanya.

Beliau berkata, tiada kesan penderaan ditemui pada tubuh kanak-kanak tersebut bagaimanapun siasatan lanjut akan dilakukan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 sekiranya terdapat unsur pengabaian terhadap kanak-kanak berkenaan. -- Bernama


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan