Ibu Maut, Anak Parah Selepas Motosikal Dirempuh Pacuan Empat Roda

Diterbitkan: Ahad, 28 Jun 2015 8:30 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

DUNGUN: Seorang wanita maut manakala anaknya parah selepas motosikal yang mereka naiki dirempuh sebuah pacuan empat roda dalam kejadian di Kilometer 71.6, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Sekolah Kebangsaan Pulau Serai, di sini pada Ahad.

Dalam kejadian 7.05 pagi itu, Juzalina Johari, 37, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan anggota badan.

Ketika kejadian, ibu kepada empat cahaya mata ini dalam perjalanan menghantar dua anaknya Nur Effy Elysha Azmi Sham, 8, dan Muhammad Shah Ikhwan Azmi Sham, 12, yang menuntut di sekolah berkenaan.

Bagaimanapun ketika tiba di tempat kejadian, pacuan empat roda jenis Isuzu Dmax yang dipandu pemuda berusia 23 tahun dari arah Kuantan menuju ke Kuala Terengganu telah hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh motosikal yang dinaiki tiga beranak tersebut.

Susulan rempuhan tersebut mengakibatkan murid perempuan darjah dua itu mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan kaki manakala abangnya hanya cedera ringan pada bahagian tangan.

Pemandu kenderaan empat roda itu yang berasal dari Kampung Seberang Baruh Kiri, Kuala Terengganu turut mengalami kecederaan di bahagian dada dan bahu.

Bapa mertua mangsa Mahmad Jusoh, 61, berkata menantunya itu telah berjanji untuk menemaninya menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Dungun hari ini.

"Semalam mereka sekeluarga datang berbuka puasa di rumah kami di Kampung Seberang Pintasan dan sempat menyediakan ikan bakar sebagai juadah berbuka.

Sebelum pulang ke rumahnya dia berpesan untuk menjemput saya pada 7.30 pagi.

"Pagi tadi saya tunggu dia sampai 7.40 namun tidak muncul-muncul sebelum adik saya datang ke rumah dan memaklumkan menantu dan cucu saya terlibat dalam kemalangan," katanya ketika ditemui pemberita di Rumah Mayat Hospital Dungun.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi Bernama mengesahkan insiden tersebut.

Katanya mayat mangsa yang berasal dari Pulau Serai itu dihantar ke Hospital Dungun untuk dibedah siasat manakala kesemua mangsa yang cedera juga turut menerima rawatan di hospital sama.

"Anak perempuan mangsa terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu kerana kecederaan parah bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan