APMM Selamatkan Dua Beranak Terapung 24 Jam Di Laut

Diterbitkan: Ahad, 28 Jun 2015 1:16 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 2 Pulau Pinang menyelamatkan dua beranak yang terapung hampir 24 jam akibat bot yang dinaiki mereka rosak, pada kira-kira 10 batu nautika barat daya Pulau Kendi, dekat sini petang Sabtu.

Ketua Penguatkuasanya Laksamana Pertama Maritim Kamaruszaman Abu Hassan berkata laporan diterima dari Pusat Kawalan Trafik Pulau Pinang sebelum pasukan peronda APMM bergegas ke kawasan berkenaan.

"Setibanya di kawasan yang dilaporkan, didapati dua orang mangsa memakai jaket keselamatan terapung. Ketika mangsa ditemui, kelihatan mereka sangat letih dan kelaparan.

"Kami difahamkan bot mereka telah dipukul ombak sehingga pecah ekoran cuaca buruk serta laut bergelora dan karam pada 26 Jun, pukul 8 malam dan mangsa dikatakan tercampak ke laut sebelum terapung hampir satu hari," katanya dalam kenyataan di sini, Sabtu.

Beliau berkata mangsa Ong Choo Peen, 54, berasal dari Kuala Kurau, Perak bersama anaknya, Ong Chee Wee, 32, hanya mengalami kecederaan ringan dan mereka kemudiannya dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan.

Justeru, Kamaruszaman mengingatkan semua pengusaha dan kru bot atau kapal yang berada di laut agar mengutamakan keselamatan dengan memakai jaket keselamatan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

"Pihak Maritim Malaysia sentiasa berada dalam keadaan siap siaga bagi memberikan sebarang respons dan bantuan operasi mencari dan menyelamat di laut," katanya.

Tags / Kata Kunci: APMM , Pulau Kendi

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan