37 Ditahan Pintas CIQ Johor Untuk Masuk Ke Singapura

Diterbitkan: Jumaat, 26 Jun 2015 2:49 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Seramai 37 orang telah ditahan kerana memintas Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) ke Singapura untuk bekerja.

Pengarah Jabatan Imigresen Johor Rohaizi Ibrahim berkata mereka ditangkap ketika berjalan menyelinap masuk melalui landasan kereta api untuk masuk ke Singapura.

Beliau berkata mereka yang ditahan dalam Ops Ikrar (Serkap) adalah 35 rakyat Malaysia, termasuk seorang wanita dan seorang lelaki warga Singapura, dari pukul 5 pagi hingga 8 pagi Jumaat.

"Kebanyakan rakyat Malaysia adalah pemegang permit kerja di Singapura dan memilih untuk memintas CIQ bagi mengelakkan kesesakan awal pagi di CIQ Johor setiap hari," kata Rohaizi.

Beliau berkata operasi itu dijalankan berikutan laporan The Star pada Jumaat, bahawa rakyat Malaysia tidak melalui CIQ di Bangunan Sultan Iskandar untuk masuk bekerja di Singapura.

Rohaizi berkata adalah satu kesalahan yang serius apabila seseorang itu keluar dari negara ini secara haram, walaupun mereka yang ditahan dalam operasi itu memegang permit kerja sah Singapura.

Memandangkan pasport Malaysia adalah elektronik dan tidak memerlukan cop, pegawai Imigresen Singapura tidak akan menyedari jika pemegang pasport memintas CIQ Johor.

Pangkalan data pihak berkuasa imigresen Malaysia dan Singapura juga tidak berkait.

Rohaizi berkata pesalah berdepan sehingga lima tahun penjara dan denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya di bawah Seksyen 5 (2) dan Seksyen 56 (1A) Akta Imigresen.
Tags / Kata Kunci: CIQ Johor

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan