Lelaki Cuba Samun Dicekup Polis

Diterbitkan: Jumaat, 26 Jun 2015 4:41 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai cuba menyamun seorang wanita pada Khamis lepas di Jalan Tun Ismail di sini.

Suspek yang berumur 28 itu dikesan melalui nombor pendaftaran kereta yang digunakannya hasil maklumat mangsa susulan laporan polis yang dibuatnya.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh berkata, selepas menerima maklumat berkenaan, sepasukan polis yang diketuai ASP Mohd Nayan Mokhtar bergegas ke lokasi sebelum berjaya menangkap suspek pada pukul 4.45 petang.

"Hasil soal siasat awal, suspek mengaku terlibat dalam kes cubaan samum terhadap wanita itu.

"Suspek yang juga didapati positif dadah bersama kereta jenis Perodua Viva yang digunakannya dibawa ke IPD Kuantan untuk siasatan lanjut," katanya di sini, Jumaat.

Beliau berkata, pada Khamis lepas kira-kira pukul 10.30 malam mangsa yang berumur 27 tahun tiba-tiba dihampiri suspek ketika mangsa mahu menutup pintu pagar rumahnya di Bukit Setongkol dekat sini.

Katanya, suspek dengan pantas bertindak menarik beg tangan dan menendangnya namun cubaan suspek gagal kerana mangsa menjerit meminta pertolongan menyebabkan suspek melarikan diri.

Sementara itu dalam kejadian berasingan katanya, anggota MPV (kenderaan pelbagai guna) Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPD Kuantan telah menahan seorang lelaki di belakang restoran Santai di Kampung Peramu dekat sini.

Katanya, bertindak atas maklumat polis bergegas ke lokasi selepas orang awam berjaya menahan suspek yang berumur 29 tahun pada pukul 1.05 pagi yang dilihat dalam keadaan mencurigakan.

"Suspek yang turut positif dadah itu diserahkan kepada polis dan semakan mendapati dia juga memiliki rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Abdul Aziz berkata, hari yang sama juga seorang lelaki yang dikehendaki polis berusia 24 tahun turut berjaya diberkas di hadapan sebuah rumah.

Katanya, semasa anggota Balai Polis Jaya Gading membuat rondaan cegah jenayah di Taman Tas pada pukul 1.15 tengah hari telah terserempak dengan suspek yang dilihat mencurigakan.

"Hasil pemeriksaan mendapati suspek dikehendaki polis berkait laporan polis di Balai Polis Jaya Gading atas beberapa jenayah," katanya.

Tags / Kata Kunci: Samun

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan