Tiga Individu Terbabit Kes Bakar, Simbah Cat Pejabat DAP Masih Di Pulau Pinang

Diterbitkan: Jumaat, 26 Jun 2015 4:49 PM

Beberapa individu berkumpul di luar Komtar dan membakar bendera DAP pada 23 Jun baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis percaya tiga individu yang disyaki  terlibat dalam kejadian menyimbah cat di Pejabat DAP Pulau Pinang dan membakar pintu hadapan serta bendera parti di pusat khidmat Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Padang Kota, masih berada di negeri ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata identiti ketiga-tiga lelaki yang merupakan orang tempatan itu telah dikenal pasti dan usaha mengesan mereka giat dijalankan.

"Polis percaya berdasarkan beberapa maklumat yang diperoleh akan membawa  kepada penahanan tiga lelaki terbabit. Saya percaya mereka akan dapat ditahan.

"Setakat ini polis telah merekod enam keterangan daripada pelbagai pihak  bagi membantu siasatan kes itu," katanya kepada pemberita selepas Program  Pelupusan Barang Kes Dadah di tapak Pelupusan Majlis Bandaraya Pulau Pinang, di sini, Jumaat.

Program itu dirasmikan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi  dengan anggaran nilai keseluruhan dadah yang dilupus ialah RM627,137.

Ahad lepas, pejabat DAP Pulau Pinang di Jalan Rangoon di sini disimbah cat merah manakala pintu hadapan dan bendera parti di pusat khidmat Adun DAP Padang Kota di sini dibakar.

Selain dua pejabat itu, Pusat Khidmat ADUN Komtar Teh Lai Heng di Jalan Talipon di sini turut disimbah cat hitam dan dipercayai cuba dibakar awal pagi Sabtu.

Sementara itu, Abdul Rahim berkata, polis tidak akan berkompromi dan akan  mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam kejadian itu kerana ia menggugat ketenteraman awam.

"Sehingga semalam, lima kertas siasatan dibuka iaitu tiga membabitkan kes baling cat dan bakar pejabat DAP manakala satu berhubung laporan polis Pemuda Sosialis DAP (Dapsy) Pulau Pinang mengenai tindakan sekumpulan lelaki membakar bendera parti itu di tingkat bawah bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar).

"Satu lagi kes ialah laporan polis oleh Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang berhubung beberapa tuduhan oleh DAPSY yang mengaitkan Umno negeri ini terhadap beberapa kejadian vandalisme di sekitar bangunan-bangunan DAP di negeri ini," katanya.

Abdul Rahim mengingatkan semua pihak agar tidak membuat spekulasi dan menuduh antara satu sama lain berhubung kejadian itu.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: DAP , simbah cat , Umno

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan