Enam Pencuri Kereta Mewah Ditahan

Diterbitkan: Jumaat, 26 Jun 2015 4:51 PM

(Ubah saiz teks)

ARAU: Polis menahan enam lelaki berumur antara 40 hingga 45 tahun kerana disyaki terlibat mencuri kereta mewah di negeri ini,  Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau, Superintendan Ku Yaacob Ku Hamad memberitahu, tangkapan itu dibuat secara berasingan antara 8 hingga 23 Jun lalu di Bukit Selambau dan Gurun, Kedah.

Bercakap kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini, beliau berkata semua suspek dijejak oleh polis IPD Arau selepas mereka dipercayai mencuri dua buah kenderaan baru jenis Ford Focus dan Ford Ranger bernilai RM230,000 di bilik pameran kereta di Jejawi dekat sini pada 18 Mei lalu.

Kejadiann tersebut berlaku kira-kira pukul 3 pagi apabila suspek dikatakan mengumpil pintu cermin bilik pameran berkenaan sebelum menggeledah bilik pengurus dan jurujual kereta untuk mencari kunci dan kemudian melarikan kedua-dua kereta terbabit.

Siasatan awal yang dijalankan didapati kedua-dua kereta yang dicuri itu telah ditukar nombor plat menggunakan nombor kenderaan lain.

Hasil penahanan semua suspek, pihak polis menemui semula kereta jenis Ford Focus dan Toyota Vios yang dilapor di curi di Machang Bubut, Seberang Perai dan Honda City yang dilapor dicuri di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Ada di antara suspek dipercayai sangat mahir dan pakar mengenai kenderaan sehingga membolehkan mereka mencuri kenderaan berkenaan. Sebaik sahaja melarikan kenderaan ini, mereka akan menukar nombor dan menggunakan cukai jalan palsu.

Melalui siasatan juga suspek dipercayai menjual kenderaan ini dengan harga jauh lebih murah iaitu antara RM5,000 dan RM15,000 kepada kenalan mereka.

Sehingga kini polis masih mengesan kenderaan Ford Ranger yang disyaki telah dijual, katanya.

Ku Yaacob memberitahu berdasarkan siasatan awal semua suspek mempunyai rekod lampau bersabit kesalahan mencuri serta penyalahgunaan dadah dan mereka direman sehingga 27 Jun.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah masuk premis dan mencuri kenderaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara hingga 14 tahun dan denda atau sebat dan mengikut Seksyen 379A kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih tujuh tahun serta denda.

Tags / Kata Kunci: Kereta Mewah , Curi

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan