Pekerja Ladang Maut Dilanggar Jentera

Diterbitkan: Khamis, 25 Jun 2015 3:26 PM

(Ubah saiz teks)

KINABATANGAN: Seorang pekerja ladang maut selepas dilanggar sebuah jentera pertanian yang secara tiba-tiba meluncur menuruni bukit di Blok 1, Ladang Bukit Mas Hap Seng, Jeroko dekat sini, Rabu.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supt A. Sahak Rahmat berkata kejadian berlaku pada pukul 12.30 tengah hari dan kedudukan jentera pertanian itu ketika itu di lereng bukit.

Katanya pekerja ladang itu, Abdul Rauf Sinrong, 45, warganegara Indonesia yang berada di bawah bukit telah digilis oleh jentera itu dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Lahad Datu.

Ketika kejadian pemandu jentera itu berada di luar jentera itu dan polis telah mengambil kenyataan daripadanya, katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Beliau berkata mayat mangsa telah dituntut anggota keluarganya.

Tags / Kata Kunci: Kinabatangan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan