Kumpulan Samun 'Nuar Ayam' Tumpas

Diterbitkan: Khamis, 25 Jun 2015 1:52 PM

(Ubah saiz teks)

RANTAU PANJANG: Polis berjaya menumpaskan kumpulan samun 'Nuar Ayam' yang bergiat aktif di negeri ini selepas menahan ketuanya dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Bukit Mewah, Kajang, Selangor, Rabu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, dalam serbuan pada pukul 1.50 pagi itu, sepasukan anggota polis dari Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) menahan suspek yang berumur 37 tahun yang sedang tidur di dalam rumah berkenaan.

"Suspek dikehendaki Polis Kontinjen Kelantan kerana terlibat dalam 23 kejadian jenayah di negeri ini, melibatkan satu kes bunuh, 16 kes samun, empat kes pemerasan, satu kes rogol dan satu kes melepaskan tembakan.

"Kebanyakan kejadian yang berlaku melibatkan daerah Bachok, Kota Baharu, Pasir Mas, Kuala Krai dan Pasir Puteh," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di lapangan bersama anggota polis di sekatan jalan raya Cabang Empat Salam di sini, malam Rabu.

Mazlan berkata dengan tertangkapnya suspek yang turut dikenali dengan nama 'Nuar Ayam' dan tiga anggota kumpulan itu sebelum ini, pihaknya percaya berjaya menumpaskan kumpulan tersebut.

Mazlan berkata, perintah tahanan reman terhadap Nuar Ayam akan dikeluarkan pada hari ini selepas suspek dibawa pulang ke Kelantan semalam.

Dalam perkembangan berasingan, beliau berkata pihaknya turut melaksanakan Ops Banteras Sempadan bermula Ahad lepas bagi mengenal pasti suspek yang dikehendaki yang berada di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini.

Beliau berkata operasi berkenaan juga akan memberi fokus terhadap aktiviti penyeludupan senjata api, dadah dan pemerdagangan manusia.

"Dalam tempoh lima hari operasi berkenaan dilaksanakan, seramai 22 suspek yang dikehendaki telah berjaya ditahan melibatkan 21 kes jenayah dan satu kes narkotik.

"Selain itu, kita turut menahan 28 penagih dadah, tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI), empat pengedar dadah dan seorang penyeludup minyak," katanya.

Katanya sepanjang Ramadan ini, pihaknya juga akan memperketat kawalan di sempadan bagi mengelak penyeludupan bunga api dan mercun yang sering berlaku pada musim perayaan.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Nuar Ayam , STAFOC , Taman Bukit Mewah

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan