Mekanik Curi Dompet Lelaki Pengsan

Diterbitkan: Khamis, 25 Jun 2015 3:34 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Akibat mengambil kesempatan mencuri dompet seorang penghantar surat yang pengsan di tepi jalan, seorang mekanik dijatuhi hukuman penjara tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini, Khamis.

Majistret Nur Azura Murah menjatuhkan hukuman itu terhadap Pong Yoke Kong, 44, selepas tertuduh mengaku bersalah mencuri dompet berisi kad pengenalan, lesen memandu, kad ATM Hong Leong Bank dan pelbagai kad nama milik Joseph Winfred, 58, di Jalan Bandar Tun HS Lee, Dang Wangi di sini, pada 8.50 pagi, Rabu.

Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh ditangkap iaitu semalam (24 Jun).

Menurut fakta kes, mangsa yang menunggang motosikal telah jatuh dan pengsan di tepi jalan berkenaan.

Sekumpulan kru penggambaran yang bertugas di kawasan itu bersama tertuduh telah datang ke tempat kejadian dan membantu mangsa yang tidak sedarkan diri.

Kru penggambaran itu kemudiannya beredar selepas melihat mangsa telah sedar, namun tertuduh yang masih berada bersama mangsa telah bertindak mencuri dompet daripada poket seluar lelaki malang itu.

Menyedari tindakan tertuduh itu, kru pengambaran filem berkenaan telah mengejar dan menangkap tertuduh lalu menyerahkannya kepada pihak polis.

Ketika rayuan, tertuduh dalam keadaan menangis memohon hukuman ringan dan memohon maaf kepada mahkamah atas perbuatannya itu.

Timbalan Pendakwa Raya Ezrene Zakariah bagaimanapun memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran diberikan kepada Pong dengan mengambil kira lelaki itu memiliki lima rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah. 

Tags / Kata Kunci: Mekanik , Mahkamah

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan