Bot Bawa Pelarian Rohingya Milik Penduduk Tempatan

Diterbitkan: Khamis, 25 Jun 2015 4:32 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Satu daripada dua buah bot membawa lebih 1,000 warga Bangladesh dan pelarian Rohingya daripada Myanmar ke Pulau Langkawi bulan lepas, telah dikenal pasti dimiliki oleh seorang penduduk tempatan, kata Ketua Polis Kedah Datuk Zamri Yahya.

"Ia (bot terbabit) didaftarkan atas nama seorang lelaki tempatan," katanya kepada Bernama hari ini tentang perkembangan siasatan polis tentang sindiket pemerdagangan manusia di Kedah.

Beliau bagaimana tidak mendedahkan butiran lanjut lelaki yang masih ditahan polis untuk membantu siasatan termasuk tarikh lelaki itu ditangkap tetapi dia dipercayai ditahan mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Kesemua 1,158 warga Bangladesh dan pelarian Rohingya termasuk kanak-kanak dan wanita yang mendarat di Langkawi pada 10 Mei lepas itu kini sedang ditahan di Depoh Tahanan Imigresen di Belantik, Sik.

Baru-baru ini, 61 lelaki Bangladesh yang menaiki bot terbabit telah pun dihantar pulang ke negara asal mereka.

Ditanya sama ada lelaki tempatan yang memiliki bot itu merupakan dalang kepada sindiket pemerdagangan manusia yang bertanggungjawab membawa masuk pelarian Rohingya ke negara ini, Zamri berkata, polis masih menyiasat mengenainya.

"Sedalam mana penglibatan beliau, tidak diketahui lagi. Saya tidak boleh mengesahkan sama ada dia salah seorang dalang terbesar (sindiket pemerdagangan manusia). Kita masih siasat penglibatan beliau," katanya.

Ketua Polis Kedah itu berkata, siasatan polis ketika ini masih tentang bot yang berdaftar di atas namanya yang digunakan untuk membawa masuk pendatang asing tanpa izin berkenaan ke pulau peranginan itu.

Baru-baru ini beliau turut berkata, sembilan lelaki pelarian Rohingya dan warga Bangladesh telah ditangkap berhubung siasatan polis tentang pendaratan bot-bot membawa pendatang asing tanpa izin itu ke Langkawi bulan lepas.

Kesemua mereka turut ditahan di bawah ATIPSOM 2007.

Tags / Kata Kunci: Rohingya , Pelarian Langkawi

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan