Bekas Pekerja PetroSaudi Ditahan Di Thailand, Didakwa Bocor Maklumat 1MDB

Diterbitkan: Rabu, 24 Jun 2015 12:31 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang bekas pekerja PetroSaudi International ditahan di Thailand pada Isnin kerana didakwa membocorkan maklumat berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Xavier Justo, yang merupakan bekas eksekutif teknologi maklumat (IT) syarikat itu ditahan di kediamannya di Thailand dan didakwa kerana cuba memeras ugut dan melakukan pemerasan terhadap bekas majikannya.

"Kita percaya Justo kini akan dibawa ke muka pengadilan. Kita telah menjadi mangsa jenayah yang malangnya ia telah dipolitikkan di Malaysia.

"Kita gembira akhirnya dapat memperbetulkan salah faham itu dan kita memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana perkara ini yang dilakukan oleh bekas pekerja yang tidak bertanggungjawab sehingga memberikan kesan tidak baik," katanya kepada seorang jurucakap untuk syarikat itu dalam satu kenyataan pada Selasa.

Bahagian Penindasan Jenayah, Polis Diraja Thailand dilaporkan telah membuat rampasan beberapa komputer, pemacu keras dan bukti-bukti lain dari kediaman Justo selepas mendapat waran geledah daripada pihak mahkamah.

PetroSaudi berkata, ia sedang meneliti tindakan undang-undang selanjutnya dalam pendakwaan berhubung tindakan Jusco.

PetroSaudi terpalit dalam kontroversi 1MDB selepas perjanjian usahasama antara kedua-dua syarikat dikatakan telah diaturkan oleh taikun perniagaan, Low Taek Jho.

Tags / Kata Kunci: PetroSaudi , 1MDB , Xavier Justo

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan