Polis Selesai Siasat Nazri - KPN

Diterbitkan: Selasa, 23 Jun 2015 5:17 PM

Khalid (kanan) menerima poster filem "Bukit Kepong" versi digital definition tinggi daripada Presiden Eksekutif KRU Bros Sdn Bhd, Norman Abdul Halim (kiri) pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama PDRM di Bukit Aman, Selasa.-MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Siasatan polis terhadap Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz berhubung kenyataannya terhadap Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah selesai.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan perkara ini dan kertas siasatan kes akan diserahkan kepada Peguam Negara pada 'bila-bila masa'.

"Sudah...kita telah panggil dan dia pun sudah rakam percakapan.

"Kita akan majukan kertas siasatan kes ini kepada Peguam Negara bila-bila masa sahaja," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran filem Bukit Kepong Versi HD (berdefinisi tinggi) sempena bulan kemerdekaan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, Selasa.

Menurut Khalid, sudah seminggu Nazri memberikan keterangannya.

Jelasnya, dengan berakhirnya siasatan kes ini, beliau tidak mahu mengulas mengenainya kerana ia isu yang sensitif.

Dalam nada tegas, beliau turut menggesa orang ramai supaya tidak lagi memperbesarkan isu ini.

"Cukuplah apa yang saya cakap bahawa kita telah membuka siasatan dan biarlah kita menjalankan siasatan.

"Eloklah tidak ada sesiapa lagi yang memperkatakan isu ini kerana ia merupakan satu perkara yang sensitif.

"Nampaknya ia sudah reda, janganlah ada siapa yang nak timbulkan balik, mengapi-apikan dan mengahangatkan lagi keadaan," tegasnya.

Awal minggu lepas, Khalid mengumumkan bahawa siasatan akan dijalankan terhadap Nazri mengikut Seksyen 505B Kanun Keseksaan berikutan kenyataan beliau terhadap Tunku Ismail.

Nazri berkata, KPN melakukan tindakan yang betul dan beliau bersedia disiasat apabila mencabar Tunku Mahkota Johor (TMJ) kerana beliau  'tidak tertakluk kepada undang-undang'.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu dipanggil kerana meminta supaya TMJ tidak campur tangan dalam politik kecuali rela dirinya dikritik dan juga tertakluk kepada undang-undang.

Kata Nazri, kerabat diraja tidak sepatutnya mencampuri urusan politik kerana "kami yang melindungi kerabat diraja."

Beliau merujuk kenyataan Tunku Ismail melalui halaman Johor Southern Tigers Facebook pada 5 Jun, di mana TMJ membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana tidak menghadiri dialog bagi menjelaskan isu negara.

Susulan itu, Tunku Ismail membalas dengan memuatnaik video senyap dengan hanya reaksinya memberi isyarat yang kemudiannya membawa kepada 'perang mulut' yang berterusan di antara Nazri dan TMJ.

Tags / Kata Kunci: TMJ , Nazri Aziz , Khalid Abu Bakar

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan