Polis Marin Rampas 2,500 Balak Di Sarikei

Diterbitkan: Selasa, 23 Jun 2015 4:51 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Pasukan Polis Marin Wilayah 5 (PPM W5) merampas 2,500 batang kayu balak bernilai RM25,000 selepas disyaki melanggar syarat pas dikeluarkan Jabatan Perhutanan Sarawak di Jalan Pisang Emas, Kampung Seberang dekat Sarikei, Isnin.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Asisten Komisioner N. Kalai Chelvan berkata, bertindak atas maklumat awam dan risikan, seorang pegawai dan tiga anggota PPM W5 telah menemukan beberapa longgokan kayu balak di kawasan tebing sungai berdekatan Jalan Pisang Emas.

"Hasil pemeriksaan mendapati kayu bakau tersebut diperolehi secara sah namun tidak dipunggah di tempat yang sebenarnya mengikut 'Removal Pass' yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Perhutanan Sarawak," katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.

Beliau berkata, berikutan rampasan itu satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sarikei dan semua kayu balak yang dirampas itu diserah kepada Jabatan Perhutanan Sarawak Bahagian Sarikei untuk tindakan selanjutnya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: balak , Sarikei , polis marin

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan