Urusniaga Hartanah Mara Di Melbourne Disiasat - Berita Jenayah | mStar

Urusniaga Hartanah Mara Di Melbourne Disiasat

Diterbitkan: Selasa, 23 Jun 2015 12:48 PM

Urusniaga pemilikan bangunan ini kini mendapat perhatian ramai.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Proses pembelian pangsapuri di Melbourne oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk dijadikan asrama pelajar tajaannya di Universiti Monash kini disiasat pihak berkuasa Australia kerana ia didakwa membabitkan unsur rasuah.

Akhbar harian Australia, The Age melaporkan adanya pembabitan rakyat Malaysia yang mempunyai kaitan dengan Mara membayar lebih kepada pemaju Dudley International House sebanyak A$4.75 juta (RM13.8 juta) untuk bangunan lima tingkat di bandar berkenaan pada 2013.

Harga yang ditawarkan adalah A$22.5 juta (RM65.3 juta).

Menerusi laporan eksklusif yang disiarkan Selasa, akhbar berkenaan mendedahkan rekod korporat menunjukkan firma yang mengeluarkan invois juga rapat dengan beberapa individu berpengaruh di Malaysia termasuk pihak atasan Mara.

"Prosiding pembubaran dijalankan di Mahkamah Tinggi Victoria selepas campurtangan John Bond dan Pitcher Partners yang menyediakan lebih banyak bukti bahawa A$4.75 juta dibawar sebagai rasuah," tulis The Age.

Ia memetik pemaju Dudley International House, Chris Dimitriou yang disoal berhubung dakwaan itu di mahkamah dan menjabwab: "Apa yang saya tahu, A$4.8 juta diserahkan kepada pihak Malaysia."

Artikel itu juga memetik pemanu, Peter Mills yang memmaklumkan The Age bahawa beliau tidak dimaklumkan mengenai unsur rasuah menerusi urusniaga itu dan jika tahu mengenainya, beliau tidak akan terbabit dalam urusan itu.

Laporan itu juga mendakwa pegawai atasan Mara yang juga rakyat Malaysia meminta syarikat lain di Singapura supaya membeli hartanah di Queens Street dan Exhibition Street di Pusat Perniagaan Daerah Melbourne pada harga A$40 juta atau RM115 juta.


 



Tags / Kata Kunci: Mara , Dudley International House
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan