Budak Empat Tahun Hancur Pergelangan Tangan Akibat Mercun

Diterbitkan: Selasa, 23 Jun 2015 8:10 PM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun hancur pergelangan tangan kiri dan melecur di bahagian dada selepas terkena mercun jenis 'A-Boom' dalam kejadian di Taman Mutiara, Tanjung Sepat, Banting, malam Isnin.

Dalam kejadian pukul 8 malam itu, Mohd Azman Syakir Mohd Saizi dipercayai bermain mercun bersama rakan-rakannya sebelum mercun yang dicucuhnya itu meletup mengenai tangan serta badan mangsa.

Ibu kanak-kanak itu, Rozeta Abdul Razak, 27, ketika ditemui pemberita di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini Selasa berkata, dia terkejut dengan kejadian menimpa anak keduanya itu dan tidak menduga perkara itu boleh berlaku.

"Apabila terdengar letupan dan jeritan saya segera keluar sebelum melihat Syakir menangis sambil memegang tangan kirinya yang dipenuhi darah lalu membawanya ke hospital.

"Saya sedih dengan kejadian yang menimpa Syakir dan sangat kesal kerana ada pihak tidak bertanggungjawab telah menyebarkan gambar yang jelas menunjukkan muka (mangsa) serta kecederaan tangan anak saya sehingga gambar itu menjadi viral di Facebook," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu.

Gambar Mohd Azman Syakir yang sedang menerima rawatan di hospital telah menjadi viral di laman sosial Facebook sejak tengah malam.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Surgikal HTAR, Dr Rozita Mohamed berkata, Mohd Azman Syakir merupakan kes pertama kecederaan berkaitan mercun yang diterima hospital itu pada bulan Ramadan ini.

"Kanak-kanak ini telah dibawa ke Hospital Banting sebelum dirujuk ke HTAR kira-kira pukul 9.30 malam tadi dan kita telah memberi rawatan susulan termasuk melakukan pembedahan ke atas tangannnya.

"Kini mangsa dalam keadaan stabil...dia mengalami kecederaan teruk di pergelangan tangan yang mana ia hancur serta tidak boleh diselamatkan. Mangsa juga mengalami beberapa luka di mata serta bahagian dada," katanya.

Dr Rozita turut memberi jaminan akan mengambil tindakan tegas ke atas kakitangannya sekiranya mereka didapati terlibat dalam pengedaran gambar mangsa. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: mercun

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan