21 Jenazah Mangsa Pemerdangangan Manusia Dikebumi

Diterbitkan: Isnin, 22 Jun 2015 11:59 AM

(Ubah saiz teks)

POKOK SENA: Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan khairiah Kampung Tualang di sini ketika 21 jenazah mangsa pemerdagangan manusia dipercayai bangsa Rohingya yang ditemui di Bukit Wang Burma, Wang Kelian bulan lepas, dikebumikan pada Isnin.

Sebanyak 19 daripada jenazah terbabit adalah lelaki dan dikebumikan di dalam satu liang lahad, manakala dua jenazah wanita dikebumikan di liang lahad berasingan tetapi bersebelahan.

Lima buah trak Polis Diraja Malaysia (PDRM) digunakan untuk mengangkut kesemua keranda kayu daripada Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) ke tanah perkuburan dan diiringi motosikal peronda PDRM.

Pengebumian jenazah-jenazah mangsa kekejaman sindiket pemerdagangan manusia di Wang Kelian itu bermula pada 9.30 pagi dan dihadiri penduduk Kampung Tualang dan penduduk-penduduk kampung berhampiran.

Kawasan tanah perkuburan dikawal ketat oleh anggota polis.

Kesemuan jenazah terbabit dikebumikan selepas proses proses bedah siasat yang dijalankan oleh HSB selesai.

Pada Ahad, Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, baki 85 jenazah mangsa pemerdagangan manusia di Wang Kelian itu akan turut dikebumikan di Kampung Tualang secara berperingkat selepas berakhirnya proses bedah siasat di HSB.

Menurut beliau, pengebumian jenazah terbabit dikendalikan oleh Majlis Agama Islam Kedah (MAIK), manakala kos pula ditanggung sepenuhnya oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menteri Besar dijadualkan menghadiri majlis tahlil sejurus selepas pengebumian selesai dilakukan hari ini.

Turut kelihatan berada di tanah perkuburan ialah Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar dan pegawai-pegawai kanan MAIK, MKN Kedah dan HSB serta badan kebajikan Rohingya Society Malaysia (RSM) Kedah. 

Tags / Kata Kunci: Rohingya

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan