Pusat Beli-Belah Runtuh Di Melaka, Tiga Maut

Diterbitkan: Isnin, 22 Jun 2015 10:55 PM

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

ALOR GAJAH: Tiga pekerja binaan warga Myanmar maut apabila satu daripada tingkat bangunan sebuah pusat beli-belah dalam binaan di Pulau Sebang di sini runtuh petang Isnin.

Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye berkata kejadian pada pukul 2.15 petang itu turut mengakibatkan enam pekerja lain, juga warga Myanmar, cedera  tiga daripadanya parah.

"Dalam kejadian itu pekerja dipercayai sedang membuka perancah simen di tingkat itu yang telah keras, bagaimanapun tingkat itu tiba-tiba runtuh.


"Kita sedang menyiasat punca sebenar kejadian itu dan juga akan memeriksa seluruh struktur bangunan itu bagi memastikan bangunan itu selamat," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Turut hadir Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka Nazili Mahmood.

Chuah berkata kerja menyelamat mangsa melibatkan 122 anggota termasuk daripada pihak polis; Jabatan Bomba dan Penyelamat; dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART).

Mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Tampin, manakala mayat mangsa dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat.

Sementara itu, seorang peniaga Mohd Daud Ali, 34, berkata ketika kejadian dia sedang tidur dan terdengar dentuman kuat sebelum bergegas ke belakang kedai kira-kira 2.20 petang.

Katanya, dia kemudian memasuki kawasan tapak pembinaan berkenaan dan melihat runtuhan konkrit menimbus beberapa pekerja kontrak di tingkat atas bangunan tersebut.

"Saya nampak tiga pasang di bawah runtuhan tersebut tetapi tidak berani membantu kerana berada dalam keadaan terkejut," katanya.

Tags / Kata Kunci: Melaka , Negeri Sembilan

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan