Ubah Suai Lori Untuk Seludup Diesel

Diterbitkan: Ahad, 21 Jun 2015 1:56 PM

(Ubah saiz teks)

SARIKEI: Seorang lelaki tempatan ditahan di Jalan Repok di sini Sabtu malam tadi kerana disyaki menyeludup diesel menggunakan lori yang sudah diubah suai.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 5 ACP N. Kalai Chelvan berkata lelaki berusia 60 tahun itu ditahan hasil maklumat awam.

Katanya lelaki itu gagal mengemukakan dokumen pembelian 1,500 liter diesel bernilai RM3,500 yang ditemukan dalam lori itu.

Katanya, lelaki itu dan lori lima tan dengan muatan diesel itu dibawa ke Balai Polis Sarikei dan akan diserah kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Bahagian Sarikei untuk tindakan.

Tags / Kata Kunci: Diesel , Sarikei

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan