Ribut Petir Di Perairan Sandakan Berterusan Hingga Awal Malam Ahad - Berita Jenayah | mStar

Ribut Petir Di Perairan Sandakan Berterusan Hingga Awal Malam Ahad

Diterbitkan: Ahad, 21 Jun 2015 5:40 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Sandakan, Sabah dijangka berterusan sehingga awal malam Ahad, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia. 

Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50km sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil, katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, angin kencang barat daya dengan kelajuan 40-50 km sejam dengan ombak mencapai 3.5 meter yang berlaku di perairan Sarawak (Miri), Sabah

(Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat) serta Labuan dijangka berterusan sehingga Selasa. 

"Keadaan ini berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi dan sukan laut," katanya. 

-- BERNAMA
Tags / Kata Kunci: Ribut Petir , Sandakan
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan