10,200 Helai Tudung Raya Dirampas - Berita Jenayah | mStar

10,200 Helai Tudung Raya Dirampas

Diterbitkan: Ahad, 21 Jun 2015 4:02 PM

(Ubah saiz teks)

TUMPAT: Sudah menjadi kebiasaan, apabila menjelang bulan puasa dan hari raya, pakaian wanita seperti tudung sering diseludup masuk ke dalam negara terutama di pantai timur dari negara jiran.

Pada Sabtu pasukan Polis Marin (PPM) Pengkalan Kubor merampas kira-kira 10,200 helai pelbagai jenis tudung yang dianggarkan bernilai RM306,000 di pangkalan haram Tualang di sini.

Pegawai Pemerintah PPM Pengkalan Kubor, ASP Mohd Nawi Yunus berkata pihaknya pada mulanya terserempak dengan sekumpulan individu yang kelihatan sedang memunggah bungkusan.

"Setelah dihampiri, mereka melarikan diri dengan bot ke arah Thailand.

Setelah diperiksa bungkusan yang ditinggalkan, ditemui 10,200 helai tudung di dalam 34 bungkusan," katanya.

Beliau berkata tudung-tudung itu dipercayai dibawa masuk dari negara jiran dan mahu dipasarkan ke Kuala Lumpur dan Melaka yang memang menjadi pusat penjualan tudung.

"Ia memang untuk pasaran luar dari Kelantan dan permintaan untuk tudung ini agak tinggi. Ia dijual dengan harga RM30 sehelai," katanya. 

Tags / Kata Kunci: Tumpat , Thailand , Tudung
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan