Dua Lelaki Dan 12 GRO Warga Asing Ditahan

Diterbitkan: Ahad, 21 Jun 2015 5:53 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Polis menahan dua lelaki tempatan dan 12 wanita warga Thailand yang dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah restoran di Jalan Haji Ahmad 3 di sini awal pagi Ahad. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Pemangku SAC Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, hasil maklumat orang awam pihaknya membuat serbuan ke atas premis tersebut pada pukul 12.50 pagi.  

"Berdasarkan maklumat awal, restoran ini berkonsepkan sebuah pusat hiburan yang didapati tiada lesen hiburan dan menggaji wanita asing tanpa permit kerja. 

"Semasa serbuan, semua wanita terbabit sedang leka melayan pelanggan tanpa menyedari kehadiran sepasukan anggota polis di dalam premis berkenaan. 

"Siasatan awal mendapati 12 wanita berusia lingkungan 25 hingga 35 tahun itu juga dipercayai menyalah gunakan pas lawatan sosial sebelum melakukan kegiatan tidak bermoral di premis tersebut," katanya Jumaat.

Beliau berkata, dua lelaki tempatan berusia 40an yang dipercayai bekerja di premis itu turut ditahan. 

Katanya, kesemua wanita asing itu disiasat mengikut Seksyen Seksyen 39B Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63 kerana menyalahgunakan pas lawatan. 

-- BERNAMA
Tags / Kata Kunci: GRO

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan