Polis Kinabalu Tahan Lelaki Miliki Syabu

Diterbitkan: Sabtu, 20 Jun 2015 4:53 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Polis Kota Kinabalu berjaya menahan seorang lelaki memiliki dadah syabu ketika lelaki itu cuba melarikan diri semasa serbuan dijalankan di Kampung Sembulan, Jumaat.

Ketua Polis Bandaraya ACP M.Chandra berkata semasa pemeriksaan dijalankan lelaki tempatan berusia 25 tahun itu menyerahkan satu beg kain kecil yang mengandungi satu paket plastik sederhana besar dan 23 paket plastik mengandungi dadah syabu.

"Anggaran berat kasar dadah itu seberat 7.9 gram dan dianggarkan bernilai RM1,500," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Chandra berkata siasatan awal mendapati suspek mengaku terlibat dengan penjualan syabu dan saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine. 

Tags / Kata Kunci: Jenayah , Syabu

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan