Lelaki Ditahan Bersama 1.5 Kg Syabu, Dua Pistol

Diterbitkan: Sabtu, 20 Jun 2015 1:14 PM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki dipercayai pengedar dadah ditahan bersama 1.5 kilogram dadah jenis syabu dan dua pucuk pistol di Jalan Impian Ria, di sini awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata, lelaki berusia 33 tahun itu ditahan ketika anggota polis Balai Machang Bubok membuat rondaan cegah jenayah di kawasan Taman Desa Impian kira-kira pukul 2 pagi.

"Semasa membuat rondaan berkenaan, dua anggota polis itu ternampak sebuah kereta jenis Toyota Camry berhenti di tepi Jalan Impian Ria dan anggota cuba menghampiri kenderaan terbabit.

"Lelaki yang merupakan pemandu kereta itu menyedari kehadiran polis telah bertindak keluar dari kenderaannya dan melarikan diri ke kawasan perumahan berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, Sabtu.

Beliau berkata anggota polis berkenaan berjaya menahan lelaki yang berasal dari Kulim, Kedah itu selepas berlaku pergelutan antara mereka.

Rusli berkata pemeriksaan awal ke atas beg sandang yang digalas lelaki itu, polis menemui dua plastik besar dipercayai dadah jenis syabu seberat 1 kilogram dan sepucuk pistol beserta 12 butir peluru.

"Pemeriksaan lanjut di dalam kereta, polis menemui satu beg berisi 19 paket dipercayai dadah jenis syabu seberat 500 gram dan sepucuk lagi pistol berserta 15 butir peluru. Turut ditemui 32 butir peluru dan wang tunai RM14,000," katanya.

Beliau berkata siasatan juga mendapati kereta yang dinaiki lelaki itu dilaporkan hilang di Butterworth pada 7 Mac lepas.

Nilai pasaran keseluruhan dadah seberat 1.5 kilogram yang dirampas itu dipercayai lebih RM100,000.

Beliau berkata lelaki yang tidak bekerja dan mempunyai tujuh rekod jenayah lampau berkaitan dadah itu kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8 Akta Senjata api (Penalti Lebih Berat) 1971.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: syabu , Taman Desa Impian , Rusli Mohd Noor

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan