Tukang Masak MT Orkim Harmony Cedera Ditembak

Diterbitkan: Jumaat, 19 Jun 2015 12:06 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TDLM) Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengesahkan seorang kru kapal MT Orkim Harmony ditembak di paha kiri ketika kapal itu dirampas pada 11 Jun lepas.

Beliau berkata kru yang cedera itu merupakan seorang tukang masak warganegara Indonesia.

"Tukang masak itu ditembak oleh seorang daripada perampas manakala kesemua 21 kru yang lain selamat.

"TLDM akan siasat punca berlaku kes tembak terhadap tukang masak itu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada pukul 8.57 malam, 11 Jun lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.

Kapal yang dimiliki oleh Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal terdiri 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar.

Kesemua 22 anak kapal itu berjaya dibebaskan kira-kira pukul 2.30 pagi ini.

Pembebasan kru kapal itu adalah menerusi rundingan TLDM dengan perampas kapal berkenaan.

Tags / Kata Kunci: MT Orkim Harmony

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan