Dua Pelajar Asing Didakwa Rompak Lelaki Bergelar Datuk RM3.72 Juta

Diterbitkan: Jumaat, 19 Jun 2015 2:52 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua pelajar warganegara asing didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan merompak wang tunai berjumlah AS$1 juta (RM3.72 juta) milik seorang lelaki bergelar Datuk, bulan lepas.

Donzo Mohamed, 29, dari Guinea dan Mooussa Kamdemjuces, 33, dari Cameroon, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah.

Donzo dan Mooussa bersama-sama dengan seorang lagi yang masih bebas didakwa merompak sebuah beg milik Datuk K. Thiagu, 40, yang mengandungi wang tunai tersebut dan dua telefon bimbit.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan rompakan itu dengan bersenjatakan dua bilah pisau pemotong daging di Bilik Hotel No 1888, Tingkat 18, Hotel Pearl Point, Jalan Klang Lama, di sini pada 3.50 petang, 9 Mei lepas.

Mereka yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.

Timbalan Pendakwa Raya S. Nithia tidak menawarkan sebarang wang jaminan dengan alasan kedua-dua tertuduh merupakan warganegara asing dan mengambil kira jumlah kerugian yang tinggi dialami mangsa.

Mahkamah menetapkan 30 Julai depan untuk sebutan semula kes.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Donzo Mohamed , Cameroon , Hotel Pearl Point

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan