Mayat Dua Rakyat Singapura Mangsa Gempa Bumi Dituntut

Diterbitkan: Jumaat, 19 Jun 2015 4:11 PM

Dua mayat mangsa gempa bumi berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat di Laban Rata Gunung Kinabalu, awal bulan ini.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Dua mayat terakhir warga Singapura yang menjadi mangsa tragedi gempa bumi di Ranau pada 5 Jun lepas dituntut pagi tadi di Hospital Queen Elizabeth (QEH) oleh wakil tempatan yang dilantik Pesuruhjaya Tinggi Singapura mewakili keluarga mangsa.

Kedua-dua mangsa berkenaan dikenali sebagai Navdeep Singh Jaryal a/l Raj Kumar dan Mohammad Ghazi Mohamed.

Pengarah QEH Dr Heric Corray ketika dihubungi Bernama berkata wakil keluarga mangsa itu telah menguruskan penghantaran mayat Navdeep dan Mohammad Ghazi untuk dibawa balik ke Singapura, Jumaat.

"Ia telah diatur untuk penghantaran pulang semalam dan kedua-dua mayat telah diserahkan kepada wakil tempatan Pesuruhjaya Tinggi Singapura kira-kira jam 8 pagi tadi," katanya di sini.

Pada 10 Jun lalu, Dr Heric dalam satu sidang media berkata ujian DNA akan dijalankan ke atas dua mayat dipercayai mayat seorang guru dan pelajar dari Singapura.

Beliau berkata, proses mengenal pasti identiti kedua-dua mangsa itu mengambil masa dua minggu sebelum proses pengecaman dan bedah siasat serta dokumentasi menuntut mayat dilakukan.

Tragedi gempa bumi berskala 5.9 Richter pada 5 Jun lepas telah mengegarkan Sabah sekali gus meragut 18 nyawa serta mengakibatkan kerosakan harta benda di kawasan terjejas bencana, terutama di Ranau.

Daripada 18 mangsa yang terkorban dalam kejadian gempa bumi itu, sembilan daripadanya adalah warga Singapura, enam warga Malaysia, seorang masing-masing dari Jepun dan China manakala seorang merupakan warga Filipina yang menjadi residen tetap di Singapura.

Menurut Dr Heric kesemua mayat konsisten dipercayai mengalami 'blunt trauma' (trauma majal) berikutan hentakan kuat pada bahagian kepala dan tindihan batu pada anggota badan.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Singapura , gempa bumi , Gunung Kinabalu

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan