Keselamatan Kru Keutamaan Rundingan Dengan Lanun - APMM

Diterbitkan: Jumaat, 19 Jun 2015 5:40 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Keselamatan dan pembebasan anak kapal adalah perkara utama yang diambil kira dalam rundingan dengan lanun yang merampas kapal MT Orkim Harmony, kata Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Madya Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar.

Beliau berkata, pihaknya menolak dakwaan bahawa kesemua lanun itu ‘dilepaskan’ pihak berkuasa untuk memboloskan diri bagi menyelamatkan 22 anak kapal.

“Saya tidak menerima andaian sedemikian. Apa yang saya fikir dan perkara penting ialah keselamatan anak kapal.

“Adakah kita biarkan nyawa anak kapal terancam? Kapal (MT Orkim Harmony) bawa minyak yang mudah terbakar, maka adakah kita biarkan kapal itu berada dalam keadaan yang berisiko. Jadi, tentulah keselamatan semua yang terbabit diberi perhatian utama,” katanya pada sidang media Operasi Mencari dan Menyelamat MT Orkim Harmony di ibu pejabat APMM di sini, Jumaat.

Ahmad Puzi berkata, kesemua anak kapal itu mempunyai keluarga maka perkara yang dititikberatkan sudah tentu keselamatan mereka.

“Mereka (anak kapal) pun ada keluarga. Anda kena fikir, kalau saya keluarganya, bagaimana harapan saya? Sudah tentu keselamatan mereka sebagai keutamaan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kesemua 22 anak kapal MT Orkim Harmony tersebut dibebaskan pada kira-kira 2.30 pagi Jumaat namun kumpulan lanun berjaya melarikan diri.

Terdahulu, pada sidang media sama beliau berkata, lapan lanun yang disyaki merampas kapal tangki MT Orkim Harmony ditahan pihak berkuasa Vietnam berhampiran Pulau Tho Chu di perairan negara itu awal pagi Jumaat.

Kesemua suspek ketika ini disoal siasat oleh pihak berkuasa Vietnam sebelum dibawa ke Malaysia bagi membolehkan siasatan lanjut dilaksanakan.

Kapal MT Orkim Harmony kini meneruskan perjalanan ke Pelabuhan Kuantan, Pahang diiringi oleh KD Handalan dan dijangka tiba pada pukul 2 pagi Sabtu.

Kapal tangki berkenaan yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada pukul 8.57 malam, 11 Jun lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan.

Kapal yang dimiliki oleh Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal terdiri 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar.

Tags / Kata Kunci: APMM , MT Orkim Harmony

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan