Lelaki Sedang Pikat Burung Mati Ditembak

Diterbitkan: Khamis, 18 Jun 2015 7:24 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki yang dikatakan sedang memikat burung berhampiran sungai di Kampung Turus, Guar Perahu di sini, maut selepas ditembak malam Rabu.

Dalam kejadian pukul 8 malam itu, Hamzah Man, 40, mati selepas tembakan berkenaan mengenai rusuk kanan dan dadanya.

Ketua Polis Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Rusli Mohd Noor berkata setakat ini, polis belum mendapat maklumat lengkap berhubung kejadian itu.

"Kami hanya dimaklumkan oleh pihak hospital bahawa mangsa mati di Hospital Bukit Mertajam ketika dirawat pada pukul 9.55 malam.

"Siasatan awal dipercayai mangsa berada di kawasan tepi sungai itu untuk memikat burung sebelum ditembak," katanya.

Rusli berkata polis masih menyiasat punca sebenar kejadian.

Beliau berkata lelaki yang berasal dari Sidam Kiri, Kedah itu dikatakan sering memikat burung di kawasan sungai di Kampung Turus itu.

Polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Tags / Kata Kunci: pikat burung , maut

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan