Pasangan Kekasih Jual Pelbagai Dadah Ditahan

Diterbitkan: Khamis, 18 Jun 2015 4:51 PM

(Ubah saiz teks)

MARANG: Sepasang kekasih ditahan bersama pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM4,500 dalam serbuan di Kampung Baru Sungai Kerak, di sini, Rabu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Marang, DSP Mohd Adli Mat Daud berkata dalam serbuan kira-kira pukul 10 pagi itu, pihaknya turut merampas pelbagai jenis dadah disyaki heroin, syabu, pil kuda dan ganja.

Katanya bertindak atas risikan, pihaknya telah mengesan suspek lelaki yang berusia 33 tahun bersama pasangannya yang berusia 19 tahun di sebuah rumah dipercayai milik lelaki terbabit.

"Sebaik menyedari kehadiran pihak polis, lelaki yang berasal dari kampung berkenaan cuba melarikan diri namun berjaya dihalang.

"Hasil pemeriksaan lanjut, kita menemui enam botol serbuk putih dipercayai heroin seberat 33 gram, 80 biji pil kuda, satu paket ganja serta 0.04 gram syabu yang disorokkan di dalam sebuah beg sandang," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang di sini, Khamis.

Menurutnya suspek lelaki berkenaan dipercayai aktif menjalankan kegiatan pengedaran dadah di sekitar daerah Marang sejak dibebaskan pada bulan Febuari lalu.

Selain itu lelaki berkenaan juga turut mempuyai rekod jenayah lampau atas kesalahan jenayah samun serta curi.

Pihaknya percaya bekalan dadah diperoleh dari negara jiran dan hasil ujian saringan air kencing ke atas pasangan berkenaan, kedua-keduanya positif dadah jenis methamphetamine dan mereka kini ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.

Tags / Kata Kunci: Dadah , Ganja

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan