JHEAIK Tahan 15 Pondan - Berita Jenayah | mStar

JHEAIK Tahan 15 Pondan

Diterbitkan: Rabu, 17 Jun 2015 5:38 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Seramai 15 orang pondan ditahan dalam operasi bersepadu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), polis dan Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) di sebuah hotel di sini, malam Selasa.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAHEIK Mohd Fadzuli Mohd Zain berkata individu berusia 20 dan 35 tahun itu ditahan dalam operasi pukul 10.45 malam.

Beliau berkata mereka disiasat mengikut Seksyen 7 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan 1985 kerana berpakaian menyerupai perempuan dan boleh didenda sebanyak RM1,000 atau enam bulan penjara, jika disabitkan kesalahan.

"Ketika ditahan kesemuanya berpakaian seperti perempuan dan ada yang pernah ditahan sebelum ini atas kesalahan yang sama," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya akan mengadakan pemantauan yang lebih memandangkan kegiatan ini dilihat semakin serius dan membimbangkan.

Difahamkan, kumpulan ini menyewa bilik di hotel berkenaan bagi mengadakan sambutan hari jadi dan telah membuat bising dengan memasang lagu dengan kuat sehingga orang ramai membuat aduan terhadap gangguan itu. 

Tags / Kata Kunci: JHEAIK , Pondan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan