Mayat Lelaki Arab Saudi Berlumuran Darah Ditemui Dalam Toyota Camry

Diterbitkan: Rabu, 17 Jun 2015 12:32 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mayat lelaki berlumuran darah dipercayai dari Arab Saudi, ditemui bergelimpangan di tempat duduk belakang kereta Toyota Camry putih yang diletakkan di Jalan Dang Wangi di sini.

Kereta itu diletakkan kira-kira 200 meter dari Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata, wanita yang lalu di situ menghubungi pihak berkuasa selepas melihat kejadian yang mengejutkan itu kira-kira pukul 7.40 malam Selasa.

"Pemeriksaan kami mendapati kereta itu didaftarkan di atas nama warga asing.

"Polis di tempat kejadian mendapati mangsa yang berusia 30 tahun terbaring di tempat duduk belakang.

"Kami sedang meneliti rakaman litar tertutup dari kedai-kedai berhampiran," katanya.

Polis masih menyiasat kemungkinan punca dan motif kematian lelaki terbabit.

"Siasatan awal mendapati mangsa telah berada di pusat hiburan berhampiran dengan dua rakan.

"Salah seorang daripada mereka telah menimbulkan kekecohan yang, menyebabkan pengawal keselamatan menghalau mereka keluar dari premis.

"Mangsa kemudiannya dibelasah oleh orang ramai di luar pusat hiburan," tambah Zainuddin.

Kes ini telah diklasifikasikan sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tags / Kata Kunci: lelaki Arab Saudi , kes bunuh

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan