Kamarul Zaman Dilantik Ketua JSJ Johor

Diterbitkan: Selasa, 16 Jun 2015 9:56 PM

Kamarul Zaman Mamat

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Senior Asisten Komisioner (SAC) Kamarul Zaman Mamat, dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor yang baharu berkuatkuasa Selasa.

Bekas Ketua Polis Daerah Klang Selatan berusia 51 tahun itu mengambil alih tugas tersebut daripada Datuk Hasnan Hassan yang dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Polis Perak.

Majlis serah terima tugas antara Kamarul Zaman dan Hasnan disaksikan Ketua Polis Johor, Datuk Rusli Ahmad, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Kamarul Zaman, berasal dari Tanah Merah, Kelantan, memulakan perkhidmatan pada 1988 dan pernah bertugas di Cawangan Siasatan Jenayah sebagai Penolong Pengarah (D7B) Bukit Aman sejak 2007 hingga Januari 2014 sebelum dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Klang Selatan.

Pada majlis sama, turut menyaksikan pelantikan Senior Asisten Komisioner Zamani Hamdan, 56, sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Johor (JPJKK) yang baharu menggantikan Senior Asisten Komisioner Nor Azizan Anan, yang bersara April lepas.

Berasal dari Miri, Sarawak dan berkhidmat sejak 1978, Zamani merupakan Pengurus Keselamatan dan Kebombaan Lembaga Pelabuhan Bintulu, Sarawak, sejak 2011 sebelum bertukar ke kontinjen Johor manakala Mohamad merupakan Timbalan Ketua JPJKK kontinjen Pahang sejak Ogos 2014.

Asisten Komisioner Mohamad Laham, 56, pula dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kluang bagi menggantikan ACP Mohd Roze Shaari yang dinaikkan pangkat sebagai Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Sementara itu, Rusli, dalam ucapannya, berkata beliau percaya pemilihan ketua-ketua jabatan dan ketua polis daerah yang baharu itu adalah tepat berdasarkan latar belakang kerjaya dan pengalaman yang dimiliki masing-masing.

Beliau berkata seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) meletakkan sepenuh kepercayaan dan harapan kepada pegawai baharu yang dilantik untuk mentadbir dalam mencapai amanat kerajaan ke arah bebas daripada ancaman jenayah.

"Terima kasih turut diucapkan kepada Hasnan yang memberikan komitmen tidak berbelah bahagi dalam membantu kecemerlangan kontinjen Johor sehingga berjaya menurunkan kadar jenayah selama tujuh tahun berturut-turut," katanya.-- Bernama




Tags / Kata Kunci: Kamarul Zaman Mamat , JSJ Johor

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan