Lelaki Dikhuatiri Lemas Ketika Menjaring Ikan

Diterbitkan: Isnin, 15 Jun 2015 7:14 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika sedang menjaring ikan di Lubuk Beruk, Air Terjun Pelangi dekat Sungai Lembing di sini pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata, mangsa yang hilang ialah Ahmad Tarmizi Shafie, 30, berasal dari Kampung Serkam Pantai, Merlimau, Melaka.

"Kejadian berlaku pada 11 pagi ketika mangsa bersama dua rakannya memasang menjaring ikan di sungai berkenaan.

"Semasa sedang memasang jaring tiba-tiba Ahmad Tarmizi tenggelam dan dihanyutkan air menyebabkan rakannya yang berada di kawasan berhampiran cuba menyelamatkan mangsa namun gagal," katanya kepada Bernama Ahad.

Beliau berkata, kejadian itu kemudian dilaporkan di Balai Polis Sungai Lembing pada pukul 12.50 tengah hari sebelum operasi mencari dan menyelamat dilancarkan pada pukul 3.15 petang.

Katanya, tempat kejadian yang agak jauh terpencil ke dalam hutan menyebabkan pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada pihak polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, dan Jabatan Pertahanan Awam mengambil masa untuk sampai ke tempat kejadian.

"Kira-kira 1 jam 30 minit masa diperlukan untuk sampai ke lokasi kejadian itu," katanya.

Pasukan mencari dan menyelamat sekali lagi terpaksa berhadapan dengan cabaran apabila hujan turun dengan lebat semasa operasi dijalankan menyebabkan arus air Sungai Lubuk Beruk menjadi deras dan meningkat naik mendadak.

"Operasi kemudiannya terpaksa dihentikan pada pukul 7.30 petang Ahad memandangkan cuaca gelap dan hujan lebat namun telah disambung semula seawal 8 pagi tadi," katanya.

Terdahulu pada Jumaat lepas katanya, mangsa bersama rakannya dari Kuala Lumpur difahamkan telah ke kawasan itu untuk berkhemah dan masuk ke kawasan Air

Terjun Pelangi menggunakan sebuah pacuan empat roda," katanya. 
-- BERNAMA
Tags / Kata Kunci: Lemas

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan