Alat Pengesan Nombor Pendaftaran Dipasang Ogos - Polis

Diterbitkan: Isnin, 15 Jun 2015 7:04 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Sistem Pengesanan Nombor Pendaftaran Automatik (ANPR) yang boleh membantu pihak polis mengesan pesalah trafik, dijangka mula beroperasi selewat-lewatnya Ogos ini.

Pegawai Turus Trafik Bukit Aman Superintendan Zulkefly Yahya berkata alat pengimbas itu bakal dipasang di sembilan pintu masuk sempadan negara bagi fasa pertama. 

"Bagi fasa pertama, sekurang-kurangnya 20 unit ANPR bernilai kira-kira RM30 juta akan digunakan bagi memburu pesalah trafik. Kami dalam proses membeli alat pengimbas tersebut," kata beliau kepada pemberita selepas tinjauan Operasi Saman Tertunggak Warga Asing 2015 di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gelang Patah, Lebuhraya Link Kedua di sini. 

Zulkefly berkata bagi pesalah trafik yang dikesan menerusi alat pengimbas yang dipasang pada kereta peronda, mereka boleh dikenakan tindakan saman serta-merta. 

"ANPR yang menggunakan teknologi Amerika Syarikat itu bakal digunakan secara meluas di negeri yang bersempadan dengan negara jiran termasuk untuk memburu
pesalah trafik warga asing yang liat membayar saman trafik," kata beliau. 

Selain mengesan kes-kes saman, sistem baru itu juga membolehkan polis mengesan kenderaan jenayah atau yang dicuri, kata Zulkefly. 

Operasi yang bermula sejak Jumaat lalu di tiga lokasi sekitar Johor Baharu berjaya mengutip sebanyak 4,200 saman tertunggak oleh pesalah trafik warga
Singapura. 

Rata-rata kesalahan yang dilakukan ialah memandu melebihi had laju yang ditetapkan.

Sejak 2010, lebih 700,000 saman tertunggak melibatkan kenderaan asing yang mana lebih 500,000 saman itu melibatkan pesalah trafik dari Singapura. 

Justeru itu, operasi memburu pesalah trafik warga asing yang masih gagal melunaskan saman akan diteruskan di beberapa pintu sempadan lain, kata beliau. 
-- BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Trafik , saman

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan