Pelajar Tahun Empat Dikhuatiri Lemas

Diterbitkan: Sabtu, 13 Jun 2015 2:10 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seorang pelajar tahun empat dikhuatiri lemas selepas dibawa arus ketika mandi bersama adiknya dan seorang lagi rakan di Sungai Kuala Kedah berhampiran Kampung Sematang Pinang, di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.40 petang itu, Noraini Maisarah Musa, 10, dikatakan sedang mandi bersama adiknya Ayu Wan Mira, 9, sebelum dibawa arus yang terhasil daripada pergerakan sebuah bot yang melalui kawasan berkenaan.

Rakan mereka, Nor Alisya Natasya Yahya, 9, yang hanya duduk di tebing sungai ketika kejadian berkata sebelum ini, mereka bertiga selalu mandi di kawasan cetek di sungai itu yang terletak berhampiran dengan sebuah kilang memproses kepah.

"Kami selalu datang ke kilang itu untuk mengambil upah membersihkan kepah bagi menambah wang saku. Kebiasaannya, kami akan mandi di kawasan cetek, tetapi semalam semasa mandi sebuah bot telah lalu di situ menyebabkan berlaku alunan ombak.

"Saya tidak mandi kerana takut. Mereka berdua yang berada di dalam sungai telah dibawa jauh oleh alunan ombak dan saya cuba menjerit meminta tolong tetapi tiada siapa yang mendengar kerana bunyi bising enjin bot," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Nor Alisya Natasya berkata seorang daripada lelaki yang berada di atas bot berkenaan telah mendengar jeritannya dan terus terjun menyelamatkan Ayu Wan Mira tetapi tidak sempat menyelamatkan Noraini Maisarah.

Sementara itu, Penolong Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja, Mohd Jamaludin Mat Yusop yang dihubungi Bernama hari ini berkata operasi yang ditangguhkan pada pukul 11 malam tadi disambung semula pada pukul 7 pagi ini bagi mencari mangsa.

"Kita tangguhkan operasi semalam kerana cuaca gelap. Operasi disertai 11 anggota bomba dariBalai Bomba dan Penyelamat Jalan Rajadan anggota penyelam dariBalai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani dengan menggunakan dua bot bomba," katanya.

Tags / Kata Kunci: Lemas , Kuala Kedah

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan