Lelaki Rentung Dalam Kebakaran Kereta - Berita Jenayah | mStar

Lelaki Rentung Dalam Kebakaran Kereta

Diterbitkan: Sabtu, 13 Jun 2015 2:20 PM

Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Seorang lelaki ditemukan rentung dalam sebuah kereta yang terbakar berhampiran ladang kelapa sawit di Jalan Pasir Panjang, Teluk Kemang dekat sini, Sabtu.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang Jamil Mohd Salleh berkata pihaknya menerima maklumat tentang kebakaran kereta itu pada kira-kira 3.50 pagi.

"Sebaik sahaja api berjaya dipadamkan sepenuhnya, pemeriksaan ke atas kereta itu menemukan seorang lelaki rentung di tempat duduk pemandu dan pihak kami segera menghubungi polis untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan.

Identiti mangsa belum dikenal pasti dan mayatnya dihantar ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat, katanya.

Tags / Kata Kunci: Port Dickson
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan