Mayat Bayi Disembunyi Dalam Mesin Basuh

Diterbitkan: Jumaat, 12 Jun 2015 8:24 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Mayat seorang bayi perempuan ditemui di dalam mesin basuh di sebuah rumah di Kampung Bukit Lakota, Jeli awal pagi Jumaat.

Penemuan mayat itu adalah hasil pengakuan seorang suspek berusia 23 tahun ketika dia mendapatkan rawatan selepas bersalin di Hospital Jeli.

Ketua Polis Daerah Jeli, DSP Mohd Yusoff Jaafar berkata, bayi berkenaan ditemui anggota polis pada pukul 2.55 pagi setelah seorang jururawat membuat aduan.

"Suspek juga membuat pengakuan kepada doktor yang dia telah melahirkan bayi dan meletakkan bayi itu di dalam mesin basuh di rumahnya kerana menganggap bayi itu telah meninggal dunia," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, suspek kini dirawat di Hospital Tanah Merah.

Mohd Yusoff berkata, kes disiasat kerana menyembunyikan kelahiran.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan