Polis Buru Lima Lagi Lelaki Bogel Di Gunung Kinabalu

Diterbitkan: Khamis, 11 Jun 2015 1:08 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Pihak polis sedang menjejaki lima lagi pelancong asing yang disyaki berbogel di puncak Gunung Kinabalu pada 30 Mei lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata pihaknya  telah mendapatkan maklumat lanjut mengenai mereka daripada empat suspek yang direman pada Rabu.

"Daripada gambar yang diterima, ada 10 individu tetapi hanya nama lima orang yang dikenal pasti dan yang lain-lain kita akan cuba dapatkan daripada suspek yang ditahan," katanya kepada pemberita pada majlis perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontingen Sabah di sini, Khamis.

Jalaluddin berkata pihaknya dengan kerjasama Jabatan Imigresen akan berusaha mengenal pasti identiti pelancong berkenaan, namun sehingga kini belum ada maklumat diterima.

Beliau berkata pihaknya sukar mengenal pasti identiti pelancong itu kerana mereka tidak meletakkan nama sebenar dan negara asal dalam buku daftar pendaki.

Semalam empat warga asing termasuk dua wanita direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Menurut Jalaluddin, mereka merupakan pasangan adik-beradik warga Kanada dan seorang lelaki warga Belanda yang menyerah diri di Balai Polis Karamunsing pada Selasa.

Seorang lagi suspek merupakan wanita warga British yang ditahan di Lapangan Terbang Tawau pada Selasa ketika hendak berlepas ke Kuala Lumpur.

Tags / Kata Kunci: Gunung Kinabalu

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan