Pakar Bedah Jantung Didakwa Cederakan Isteri

Diterbitkan: Selasa, 9 Jun 2015 2:36 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pakar bedah jantung di sebuah hospital awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas pertuduhan mencederakan isterinya, Mac lalu.

Dr Raja Amin Raja Mokhtar, 53, didakwa dengan sengaja mencederakan isterinya Karina Idris Ahmad Shah, 46, di satu alamat di Persiaran Ara Bangsar di sini pada 1.30 pagi, 9 Mac lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya K. Vasugi menawarkan wang jaminan RM10,000 namun Dr Raja Amin, yang diwakili peguam Adi Zulkarnain Zulkafli, memohon mahkamah mengurangkan jumlah itu dengan mempertimbangkan beberapa perkara.

"Anak guam saya mempunyai lima anak dan menghidap penyakit diabetes dan darah tinggi. Tujuan jaminan adalah untuk memastikan kehadiran OKT (orang kena tuduh) dan bukannya untuk menghukum.

"Oleh itu saya memohon jaminan dikurangkan selain OKT juga merupakan penjawat awam dan bekerja menyelamatkan nyawa," hujahnya.

Majistret Mohd Rehan Mohd Aris kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Julai untuk sebutan semula kes.

Tags / Kata Kunci: Pakar Bedah Jantung , Polis , Mahkamah

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan